Assalamualaikum...
Kali ini aku nak kongsi antara tempat makan yang sedap di kawasan Bandar Pinggiran Subang. Di sinilah terletaknya KFC yang ke-100. Kalau tak tahu, jom click SINI- Peta Bandar Pinggiran Subang . Jalan dalam kawasan tu sunyi jangan disangka tak happening ya. Tapi aku sarankan untuk perempuan jangan pergi sorang diri. Biarlah berteman dengan ORANG YANG BOLEH DIPERCAYAI. Jadi, berbalik kepada topik asal.Tengahari tadi, aku beli Nasi Ayam kat Mak Uda Selera Timur. Kebetulan hari ini Jumaat, jadi dapat air minuman percuma. Ada pilihan air yang korang boleh pilih iaitu asam boi, air jambu, & air sirap. Restoran Mak Uda ni pernah masuk JJCM, Kalau tak silap aku, Qi pengacaranya. Selain menu nasi ayam, untuk menu makan tengahari memang banyak sangat. Puas hati sangat bila korang datang ni. Malam pun kedai ini buka. Makanan dari pantai timur pun banyak. Dari kedai kecil yang aku pernah datang dulu (2009) sampai sekarang makin maju.
Gerai laksa, berdekatan dengan padang area Restoran Aji. Ada gazebo situ. Makin maju sekarang. Kedai ini buka dari tengahari sehingga petang. Jalan U5/189.
Untuk korang yang suka lepak, santai, nak tengok siaran bola sepak sampai lewat malam. Aku sarankan BJ Corner, kedai masakan panas dan Thailand. Agak lama kedai ini bertahan. Selain tu, boleh jenguk jirannya, iaitu Salak Jati. Dulu ada char kuey teow. Sekarang, aku tak pasti. Jalan U5/101.
Burger? Inilah makanan aku kalau dah tiada menu sangat. Kedai burger yang masih bertahan dan maju sampai sekarang ialah berdekatan dengan BJ Corner dan berhadapan dengan 7Eleven. Siap ada meja dan kerusi. Jalan Apollo U5/192.
Kedai-kedai ini aku boleh kategori sedap (pada aku). Sebab masih bertahan sejak dari aku praktikal (2009) sampai sekarang. Maybe citarasa setiap orang lain-lain.
Yang tinggal kenangan.
- Jabina Corner. Bahagian corner berdekatan dengan Kedai Mak Uda tu. Nasi Ayam waktu tengahari sangat sedap.
- Kedai mamak depan BJ Corner. Kueuteow basah.
- Jalan masuk perindustrian, ada gerai Char Kuey Teow.
SELAMAT MENJAMU SELERA. Bila-bila aku free, aku snap picture untuk korang. :)
p/s: Sila betulkan mana-mana info yang tersalah. TQ.
No comments:
Post a Comment