Thursday, 6 December 2012

Nak jadi sukarelawan?

Assalamualaikum..
Kata orang, tangan yang memberi lebih baik dari menerima. Nak kata aku adalah officially volunteer, tak juga. Tapi just tolong kawan-kawan, saudara-mara atau jiran-jiran. Jadi kehidupan aku setakat 26tahun, aku rasa agak membosankan dan kosong. Jadual aku; bekerja, balik kampung, membeli-belah, buat kerja part-time dan berehat-rehat. Outing dengan kawan-kawan pun dah kurang (sebab masing-masing dah ada berkahwin). Kalau ada saudara-mara buat kenduri baru la keluar dari jadual aku. Semakin aku berusia, timbul kesedaran dalam diri. Nak menjadi sukarelawan. Dengan bantuan Google, aku berjaya dapat 3 organisation (Islamic Relief Malaysia, MERCY & TASPUTRA PERKIM). Disebabkan IRM (register online), pada 24hb November 2012 aku dah join Volunteer Induction Course (VIC). Perasaan sangat-sangat gembira. Sesi hari tu pula, emosional sikit (Tahan juga la air mata ni, tapi kalau dilayankan sangat mesti nangis, mungkin sebab Hari Asyura agaknya). Antara gambar sepanjang VIC ni. Kredit kepada jurukamera (juga volunteer) serta fanpage Islamic Relief Malaysia.
Antara jemputan penceramah
Sepanjang kursus berlansung
Setakat ini, aku tak join mana-mana sesi untuk volunteer IRM ni. Yang aku berminat Charity Shop Troopers, untuk jaga kedai amal yang diorang dah disediakan. Tapi masalahnya, rumah aku agak jauh iaitu Subang - Bandar Baru Bangi. InsyaAllah..aku akan datang juga suatu hari nanti. Amin.

Bagi sesiapa yang berminat boleh daftar di IRM Volunteer Register. Untuk aktiviti sukarelawan yang baru boleh la SEARCH & LIKE IRM Malaysia Facebook. Aku tak aktif facebook. Sebab tu, aku banyak ketinggalan. Ada IRM Twitter untuk korang follow. Sebenarnya, tak semestinya masuk persatuan berdaftar baru korang jadi sukarelawan, korang boleh jadi sukarelawan (membantu) ikut komuniti setempat, sekolah, tempat kerja dan banyak lagi. Yang penting IKHLAS. Aku pun baru di permulaan dalam mencari sesuatu yang hilang dalam hidup ini. Harap, Allah swt akan mendorong aku dan kita semua agar hidup lebih bermakna dari sebelumnya. Amin.
Sumber gambar: IRM Facebook fanpage
Sumber gambar : IRM Blog

No comments:

Post a Comment