Thursday, 6 December 2012

SI PENDAKAP GIGI

Assalamualaikum..
Jenis braces yang aku pakai; sumber Google
Entry kali ini, is about PENDAKAP GIGI. Aku pernah pakai dan insyaAllah akan pakai semula..(hah?mcm apa je kan? :( ) Puncanya camni..aku start pakai braces dari aku form 5 (2003) sampai aku habis sijil & diploma. (4year) Lama gila kan? Aku buat dengan Klinik Gigi Kerajaan Malaysia. Pakar ortho yang check aku sejak dari awal tu dah tukar (dia doktor yang sangat-sangat baik, friendly n selesa, Dr. Rashidah). Masa aku last check-up untuk retainers, tukar doktor baru. Aku rasa dia baru graduate agaknya, sbb gigi asal specimen aku, dia simpan untuk rujukan dia. So, doktor tu just inform yang aku perlu pakai setahun je retainers. Lepas tu, tak perlu pakai. Aku dengan lurus bendul & tak tanya/ rujuk tempat lain. PERCAYA. Meninggalkan retainers tu. (Yelah 5tahun pakai braces+retainers. TEKANAN!!)

So, last aku pakai retainers tahun 2009. Tahun 2011, aku jumpa seorang member aku yang still pakai retainer. Sebab dr. ortho dia advise pakai retainers ni LAMA dan kalau boleh SEUMUR HIDUP. Sentap terus aku time tu. So, aku dengan gelabah mencari semula retainers tu. Masa tu, baru aku perasan memang dah ada pergerakkan, terutama gigi bawah. Sedih teramat sangat. Sebab hasil pakai braces ni sangat-sangat memuaskan hati. Aku sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan hasil asal. Retainer bwh aku dah pth. Aku pakai bahagian atas sahaja. Sebenarnya, retainer ni just nak retain keadaan gigi yang ada, takkan repair semula.
Jenis retainer hawley, sumber Google
Awal tahun ni (2012), aku mengambil keputusan untuk buat semula braces. Aku rujuk ke klinik lama (Bentong), ortho dah tukar ke Raub. So, diorang advise aku buat tempat yang dekat dengan tempat kerja. Aku call dan pergi ke Kelana Jaya, diorang cuma buat untuk patient berumur 13-17 je (untuk semua klinik gigi kerajaan). Diorang advise aku ke Seksyen 19, Shah Alam. Sekarang, aku sudah 2kali untuk check-up. InsyaAllah next year appointment dgn Pakar Ortho. Harap aku boleh buat, dalam masa secepat yang mungkin.

Advise aku, kalau sesiapa ada adik/sepupu yang masih berumur 13-17 yang nak pakai braces (untuk membetulkan keadaan gigi yang rosak, jongang, tidak rata, tidak tersusun dan sebagainya) disarankan pergi ke klinik gigi terdekat untuk check dan dapatkan surat rawatan susulan orthodontik. Untuk klinik goverment, senarai menunggu sangat lama. Sesiapa yang dah nak tanggal braces & akan memakai retainers..BERINGATLAH. Pakai seumur hidup atau selama yang mungkin. Kalau patah/ nak replace RM100/unit (klinik kerajaan), klinik swasta maybe RM700. Untuk orang yang berduit boleh ke klinik swasta, berwarna-warni & cepat. Untuk orang yang tak berduit sangat macam aku ni, boleh ke klinik kerajaan. Pilihan warna tak banyak (aku pernah dapat kaler biru & grey) dan rawatan sangat lama. Mungkin dengan swasta sebulan sekali, but dengan government 2/3/4 bulan sekali. TAPI, yang paling penting kosnya sangat berbaloi. Alhamdulillah, masa aku buat dulu, PERCUMA. Sekarang ni kena ada caj. Pada aku berbaloi RM800 (boleh bayar ansuran). Kalau nak bandingkan dengan klinik swasta RM3k++.

22 comments:

  1. Salam nak tya, yg sek.19 shah alam tu, klinik kerajaan ke? RM 800 ye? Hmm tringin nak pakai tapi swasta suma mahal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang dah Update harga baru,lebih kurang RM1,200..saya dah daftar just tengah tunggu call doktor..

      Delete
  2. Salam nak tanya gigi saya spacing...agak kalau nak buat kat klinik kerajaan berapa lama kena tynggu untuk nak pkai braces

    ReplyDelete
  3. Salam nak tanya sek. 19 shah alam tu kat mana? Bagi alamat klinik tu....kerajaan atau swasta?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Search google maps Klinik Seksyen 19..n itu klinik kerajaan

      Delete
  4. boleh tak org berumur 25 mcm sy dapat rawatan utk gunekan braces di goverment klinik? kalau ada brapa kos nya? gigi memangda berterabur da ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh rasanya. Sbb kerajaan hanya smpai umur 18 tahun. Saya guna braces dari klinik kerajaan

      Delete
  5. Besi braces klinik kerajaan baik tak?

    ReplyDelete
  6. Klinik krj blh utk org yg dah lebih 20.. Minta alamat kat shah alam...

    ReplyDelete
  7. Bg semua pertanyaan 'Sec 19 dimana atau minta alamat', tlg search kat google.
    Zaman kan dah maju. Semua Internet ada jawapannye.

    ReplyDelete
  8. salam. klu buat kt kerajaan hrga brpa? btulke rm2? kwn sy ckp rm2, rasa tekejut sgt sbb murah. klu kerajaan, kena tunggu giliran brp lama ye? T_T teringin nk pakai dri form 2, skrg dah form 4 T_T hrp jwpn terbaik anda dpt tmbh information kt sy :) -salam dri sabah-

    ReplyDelete
  9. kat bentong klinik gigi kerajaan kat mana?

    ReplyDelete
  10. klu nk suh google baik xyah wat blog

    ReplyDelete
  11. Assalammualaikum...sy dlm proses hndk memakai braces di klinik kerajaan...bley sy thu atas dasar pengalaman awk..biasa dy wt braces mengambil masa berapa bulan ye?sbb sy blm cabut gg lg..tq

    ReplyDelete
  12. SALAM... agk2 temphnye brape lame ye lau ngn klinik krajaan??

    ReplyDelete
  13. kemas keming penceritaan...nk tnye kalau dah buang braces,,mmg kne pkai retainer ke...kalau x pakai,gigi kite akan kmbli kpda asal yek?

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum.betul ke nak pakai braces kat klinik kerajaan sampai umur 13-17 jer? umur saya dah 21 tahun tapi masih belajar lagi ..hmm

    ReplyDelete
  15. Assalam sis . Memang bleh buat ansuran ke kat klinik kerajaan ?

    ReplyDelete
  16. Assalam sis . Memang bleh buat ansuran ke kat klinik kerajaan ?

    ReplyDelete
  17. Assalam sis . Memang bleh buat ansuran ke kat klinik kerajaan ?

    ReplyDelete
  18. Saya dah 2tahun lebih x pakai retainer, gigi mmg ade gerak dah... So saya cari retainer balik, n pakai balik.. tapi tak tau boleh betulkan balik ke tak gigi yg dah gerak tu..

    ReplyDelete
  19. Hi,boleh tanya.kalau buat braces di klinik kerajaan boleh bayar ansuran ??

    ReplyDelete