Friday, 7 December 2012

Tempat makan sedap!

Assalamualaikum...
Kali ini aku nak kongsi antara tempat makan yang sedap di kawasan Bandar Pinggiran Subang. Di sinilah terletaknya KFC yang ke-100. Kalau tak tahu, jom click SINI- Peta Bandar Pinggiran Subang . Jalan dalam kawasan tu sunyi jangan disangka tak happening ya. Tapi aku sarankan untuk perempuan jangan pergi sorang diri. Biarlah berteman dengan ORANG YANG BOLEH DIPERCAYAI. Jadi, berbalik kepada topik asal.
Tengahari tadi, aku beli Nasi Ayam kat Mak Uda Selera Timur. Kebetulan hari ini Jumaat, jadi dapat air minuman percuma. Ada pilihan air yang korang boleh pilih iaitu asam boi, air jambu, & air sirap. Restoran Mak Uda ni pernah masuk JJCM, Kalau tak silap aku, Qi pengacaranya. Selain menu nasi ayam, untuk menu makan tengahari memang banyak sangat. Puas hati sangat bila korang datang ni. Malam pun kedai ini buka. Makanan dari pantai timur pun banyak. Dari kedai kecil yang aku pernah datang dulu (2009) sampai sekarang makin maju.
Gerai laksa, berdekatan dengan padang area Restoran Aji. Ada gazebo situ. Makin maju sekarang. Kedai ini buka dari tengahari sehingga petang. Jalan U5/189.
Untuk korang yang suka lepak, santai, nak tengok siaran bola sepak sampai lewat malam. Aku sarankan BJ Corner, kedai masakan panas dan Thailand. Agak lama kedai ini bertahan. Selain tu, boleh jenguk jirannya, iaitu Salak Jati. Dulu ada char kuey teow. Sekarang, aku tak pasti. Jalan U5/101.
Burger? Inilah makanan aku kalau dah tiada menu sangat. Kedai burger yang masih bertahan dan maju sampai sekarang ialah berdekatan dengan BJ Corner dan berhadapan dengan 7Eleven. Siap ada meja dan kerusi. Jalan Apollo U5/192.
Kedai-kedai ini aku boleh kategori sedap (pada aku). Sebab masih bertahan sejak dari aku praktikal (2009) sampai sekarang. Maybe citarasa setiap orang lain-lain.

Yang tinggal kenangan.
  • Jabina Corner. Bahagian corner berdekatan dengan Kedai Mak Uda tu. Nasi Ayam waktu tengahari sangat sedap.
  • Kedai mamak depan BJ Corner. Kueuteow basah.
  • Jalan masuk perindustrian, ada gerai Char Kuey Teow.

SELAMAT MENJAMU SELERA. Bila-bila aku free, aku snap picture untuk korang. :)

p/s: Sila betulkan mana-mana info yang tersalah. TQ.

Thursday, 6 December 2012

Nak jadi sukarelawan?

Assalamualaikum..
Kata orang, tangan yang memberi lebih baik dari menerima. Nak kata aku adalah officially volunteer, tak juga. Tapi just tolong kawan-kawan, saudara-mara atau jiran-jiran. Jadi kehidupan aku setakat 26tahun, aku rasa agak membosankan dan kosong. Jadual aku; bekerja, balik kampung, membeli-belah, buat kerja part-time dan berehat-rehat. Outing dengan kawan-kawan pun dah kurang (sebab masing-masing dah ada berkahwin). Kalau ada saudara-mara buat kenduri baru la keluar dari jadual aku. Semakin aku berusia, timbul kesedaran dalam diri. Nak menjadi sukarelawan. Dengan bantuan Google, aku berjaya dapat 3 organisation (Islamic Relief Malaysia, MERCY & TASPUTRA PERKIM). Disebabkan IRM (register online), pada 24hb November 2012 aku dah join Volunteer Induction Course (VIC). Perasaan sangat-sangat gembira. Sesi hari tu pula, emosional sikit (Tahan juga la air mata ni, tapi kalau dilayankan sangat mesti nangis, mungkin sebab Hari Asyura agaknya). Antara gambar sepanjang VIC ni. Kredit kepada jurukamera (juga volunteer) serta fanpage Islamic Relief Malaysia.
Antara jemputan penceramah
Sepanjang kursus berlansung
Setakat ini, aku tak join mana-mana sesi untuk volunteer IRM ni. Yang aku berminat Charity Shop Troopers, untuk jaga kedai amal yang diorang dah disediakan. Tapi masalahnya, rumah aku agak jauh iaitu Subang - Bandar Baru Bangi. InsyaAllah..aku akan datang juga suatu hari nanti. Amin.

Bagi sesiapa yang berminat boleh daftar di IRM Volunteer Register. Untuk aktiviti sukarelawan yang baru boleh la SEARCH & LIKE IRM Malaysia Facebook. Aku tak aktif facebook. Sebab tu, aku banyak ketinggalan. Ada IRM Twitter untuk korang follow. Sebenarnya, tak semestinya masuk persatuan berdaftar baru korang jadi sukarelawan, korang boleh jadi sukarelawan (membantu) ikut komuniti setempat, sekolah, tempat kerja dan banyak lagi. Yang penting IKHLAS. Aku pun baru di permulaan dalam mencari sesuatu yang hilang dalam hidup ini. Harap, Allah swt akan mendorong aku dan kita semua agar hidup lebih bermakna dari sebelumnya. Amin.
Sumber gambar: IRM Facebook fanpage
Sumber gambar : IRM Blog

SI PENDAKAP GIGI

Assalamualaikum..
Jenis braces yang aku pakai; sumber Google
Entry kali ini, is about PENDAKAP GIGI. Aku pernah pakai dan insyaAllah akan pakai semula..(hah?mcm apa je kan? :( ) Puncanya camni..aku start pakai braces dari aku form 5 (2003) sampai aku habis sijil & diploma. (4year) Lama gila kan? Aku buat dengan Klinik Gigi Kerajaan Malaysia. Pakar ortho yang check aku sejak dari awal tu dah tukar (dia doktor yang sangat-sangat baik, friendly n selesa, Dr. Rashidah). Masa aku last check-up untuk retainers, tukar doktor baru. Aku rasa dia baru graduate agaknya, sbb gigi asal specimen aku, dia simpan untuk rujukan dia. So, doktor tu just inform yang aku perlu pakai setahun je retainers. Lepas tu, tak perlu pakai. Aku dengan lurus bendul & tak tanya/ rujuk tempat lain. PERCAYA. Meninggalkan retainers tu. (Yelah 5tahun pakai braces+retainers. TEKANAN!!)

So, last aku pakai retainers tahun 2009. Tahun 2011, aku jumpa seorang member aku yang still pakai retainer. Sebab dr. ortho dia advise pakai retainers ni LAMA dan kalau boleh SEUMUR HIDUP. Sentap terus aku time tu. So, aku dengan gelabah mencari semula retainers tu. Masa tu, baru aku perasan memang dah ada pergerakkan, terutama gigi bawah. Sedih teramat sangat. Sebab hasil pakai braces ni sangat-sangat memuaskan hati. Aku sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan hasil asal. Retainer bwh aku dah pth. Aku pakai bahagian atas sahaja. Sebenarnya, retainer ni just nak retain keadaan gigi yang ada, takkan repair semula.
Jenis retainer hawley, sumber Google
Awal tahun ni (2012), aku mengambil keputusan untuk buat semula braces. Aku rujuk ke klinik lama (Bentong), ortho dah tukar ke Raub. So, diorang advise aku buat tempat yang dekat dengan tempat kerja. Aku call dan pergi ke Kelana Jaya, diorang cuma buat untuk patient berumur 13-17 je (untuk semua klinik gigi kerajaan). Diorang advise aku ke Seksyen 19, Shah Alam. Sekarang, aku sudah 2kali untuk check-up. InsyaAllah next year appointment dgn Pakar Ortho. Harap aku boleh buat, dalam masa secepat yang mungkin.

Advise aku, kalau sesiapa ada adik/sepupu yang masih berumur 13-17 yang nak pakai braces (untuk membetulkan keadaan gigi yang rosak, jongang, tidak rata, tidak tersusun dan sebagainya) disarankan pergi ke klinik gigi terdekat untuk check dan dapatkan surat rawatan susulan orthodontik. Untuk klinik goverment, senarai menunggu sangat lama. Sesiapa yang dah nak tanggal braces & akan memakai retainers..BERINGATLAH. Pakai seumur hidup atau selama yang mungkin. Kalau patah/ nak replace RM100/unit (klinik kerajaan), klinik swasta maybe RM700. Untuk orang yang berduit boleh ke klinik swasta, berwarna-warni & cepat. Untuk orang yang tak berduit sangat macam aku ni, boleh ke klinik kerajaan. Pilihan warna tak banyak (aku pernah dapat kaler biru & grey) dan rawatan sangat lama. Mungkin dengan swasta sebulan sekali, but dengan government 2/3/4 bulan sekali. TAPI, yang paling penting kosnya sangat berbaloi. Alhamdulillah, masa aku buat dulu, PERCUMA. Sekarang ni kena ada caj. Pada aku berbaloi RM800 (boleh bayar ansuran). Kalau nak bandingkan dengan klinik swasta RM3k++.

Wednesday, 5 December 2012

CHECK SAMAN ANDA!

Assalamualaikum...
Tiba-tiba terasa nak check online saman. Aiseh..boleh lak ada saman.. Dah lah hujung tahun dah plan nak bercuti-cuti dan bersuka 'ria-ria'..Alamatnya kena 'melabur' untuk sihitam ni. Ini saman pertama aku sejak aku ada lesen/ kenderaan. Member aku yang mahir dalam bab saman ni advise aku bayar as soon as possible, kalau enggan, saman ni boleh naik sehingga RM300.
 
Untuk korang yang selalu drive/ balik kampung/ outstation, boleh semak dan click MYEG untuk semak saman TERUTAMANYA. By the way, kena register dulu. Register kejap je. Then, banyak juga information yang korang boleh survey dalam website tu.
Saman yg aku kena ni, jalan yg aku guna setiap minggu pulang ke kg (Lebuhraya KL-Karak). Agak malang nasibku hari itu (PENGAJARAN untuk aku). Cuma, aku pelik, saman bulan 9 tapi, tiada surat yang sampai sehingga hari ini..emm..

p/s: Malam ada ke speed track ni?